Pendidikan Hafidzah Mustakim

Beliau memulakan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tanjung Ayer Hitam, Pontian dan Sekolah Rendah St Agnes, Kota Kinabalu. Kemudian, beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah, Melaka sehingga 1981 Seterusnya menamatkan pengajian menengah di Sekolah Tinggi Highett, Melbourne, Victoria pada 1982[1].

Beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan dan meraih ijazah Sarjana Muda Perubatan (MBBS) dari Universiti Monash, Australia pada 1988. Hafidzah memperoleh diploma dalam pentadbiran perniagaan dari Kolej Komersil Melbourne pada 1991[1].

Hafidzah juga mendalami pengajian agama Islam dan telah memperoleh Sijil Pengajian Islam dari Universiti Malaya, Nilam Puri pada 1996[1].